Ahad, 4 November 2012



KETERANGAN AM



Nama Biasa : Mangga
Nama Saintifik : MurrMangifera indica L. 
Keluarga : Anacardiaceae

Asal : 
Mangga dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burmadan berkumingkinan juga dari Asia Tenggara.

Kawasan Utama Tanaman : 
Di Malaysia, kawasan utama ditanam adalah di Perak, Perlis dan Kedah. Walaubagaimana pun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain. 

Kegunaan : 
Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan sebagai makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. 

Kandungan Zat Makanan :

Kandungan
Unit/100gm
Tenaga
83 Kcal
Kabohidrat
15.6 gm
Kalsium
9 mg
Potasium
110 mg
Besi
0.4 mg
Magnesium
2 mg
Vitamin B1
0.05 mg
Vitamin B2
0.07 mg
Vitamin C
23 mg
Lemak
1.8 gm
Protin
1.0 gm
Niacin
0.5 mg

TANAMAN BOTANIA



Pokok :
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 – 40 m. Dahan tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh.

Daun :
Daun mangga berbentuk eliptik mudah terus membujur, tersusun secara spiral, 10 – 40 sm panjang dan 3 – 10 sm lebar. Berdaun lebat berwarna merah ke cokelat hingga ke hijau terang bergantung kepada klon.

Bunga :
Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 – 40 % dari jumlah (200 – 10000) bunga pada setiap tangkai.

Buah :
Buah mangga terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke warna oren. Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryonik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah. Buah yang belum masak boleh dibaut rojak atau dibuat jeruk, ini termasuk dikeringkan, diproses menjadi jus, jam dan sebagainya.

Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep.

Kultivar / Klon :
Sehingga kini hanya 4 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah MA 162, MA 165, MA 204 dan MA 224.

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman mangga sesuai di mana keadaan kering agak panjang (di antara 2 – 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30ºC. Hujan diperlukan ketika berbunga dan pembentukan buah.

Tanah :
Mangga boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, terutama tanah dari jenis liat berpasir dengan pH 5 hingga 7. Di Malaysia jenis tanah yang sesuai adalah dari siri-siri Chuping, Dampar, Gajah Mati, Kangar, Penambang, Rasam dan Telemong. Mangga juga boleh ditanam di tanah bekas lombong tetapi persediaan dan penjagaan rapi perlu dititikberat.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Mangga pada kebiasaannya ditanaman secara pembiakan tampang, tut atau keadah klip (cleft method) supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil dengan cepat.

Jarak Tanaman :
Jarak tanaman yang biasa digunkan adalah sistem empat segi dari 7.5 m X 7.7 (178/pokok/ha) hingga 10m X 10m (100/pokok/ha) bergantung kepada klon. MA 224 biasanya ditanam rapat jika dibandingkan dengan MA 165, MA 162 dan MA 204.

Menanam :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan biarkan selama 2 – 4 minggu supaya terdedah kepada cuaca. Bahan Organik atau kompos sebanyak 5 – 10 kg/lobang dan 200 gm/lubang CIRP dimasukkan ke dalam lubang. Tanam anak benih dengan cermat supaya tidak mencederakan sistem akarnya.

Cantasan :
Cantasan dilakukan dengan kerap di semua peringkat pertumbuhannya. Di peringkat permulaan, cantasan membentuk dilakukan supaya dapat mengawal ketinggian pokok ketahap yang dikhendaki dan untuk mendapatkan dahan-dahan yang kuat dan pengeluaran yang baik. Pokok yang matang juga dicantas selalu supaya dapat mengurangkan pertumbuhan yang keterlaluan dan memastikan pembungaan yang maksima.

Pembajaan :
Program pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:
i) ¼ daripada jumlah – ½ bulan sebelum berbunga 
ii) ¼ daripada jumlah – semasa awal pembesaran buah (‘marble stage’) 
iii) ½ daripada jumlah. 

Membungkus : 
Membungkus buah dilakukan sebagai prosedur biasa daan boleh dilakukan menggunakan kertas-kertas surat khabar lama semasa buah sebesar ibu jari untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dan untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Program secara koktail penyemburan racun serangga, kulat dan foliar boleh dipraktikan.

Pengurusan Air :
Pengairan sangat penting di musim kemarau di tahun-tahun pertama pertumbuhan (juvenile phase) dan semasa pembesaran buah. Walaubagaimana pun pokok tidak digalakan diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang (ripening stages).

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Mangga mengambil masa 13 – 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon.

Hasil :
Panduan peringkat memungut hasil adalah seperti berikut.
i) Buah mencapai umur yang ditetapkan untuk beberapa klon dan isi berwarna kuning. 
ii) Bahagian atas buah membengkak dan bulat dan leper dan hujungnya seakan berisi. 
iii) Buah-buah yang telah dipetik tenggelam dalam air (cara apungan). 

Mengutip hasil hendaklah dijalankan dengan cermat dan jika boleh gunakan galah yang berjaring untuk mengelak dari mencederakan buah. Buah dibasuh, rawat (contoh: rawatan air atau wap panas) kering, grad dan masukan ke dalam kotak-kotak bergantung pada keperluan pasaran.

PENYIMPANAN HASIL

Penyimpanan :
Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10ºC, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21ºC.

EKONOMI

Jumlah kos pengeluaran untuk 25 tahun berjumlah RM 92,000.00

Berdasar kepada harga di ladang RM 1.60/kg :
Nilai kini bersih semasa (NPV) @ 10% ialah 42,000.00 
Kadar pulangan dalam (IRR) ialah 32%
Nisbah faedah/kos (B/C) @ 10% ialah 2.04



Rabu, 24 Oktober 2012


Teknik cantuman
Ada beberapa cara atau teknik cantuman atau dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai ’grafting’ yang boleh dilakukan. Contohnya seperti cantuman dekatan atau sanding, cantuman mata tunas, cantuman belahan seperti cantuman baji dan sebagainya.
Namun cantuman baji adalah yang paling mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu saya akan tunjukkan cara mudah melakukan ’kahwin’ pokok bunga kertas menggunakan teknik cantuman baji.
Sebelum itu ikuti beberapa tip dan maklumat mengenai teknik cantuman ini.
§  Hanya pokok daripada jenis sama saja yang dapat dilakukan menggunakan teknik ini. Contohnya hanya pokok bougainvillea boleh dikahwinkan dengan pokok bougainvillea saja.
§  Lakukan cantuman sama ada pada waktu awal pagi sebaiknya sebelum pukul lapan atau waktu petang selepas matahari mulai menurun contohnya seperti jam 6 petang.
§  Jangan lakukan cantuman semasa hari hujan, selepas hujan atau pada hari terlalu panas.
§  Dua cara melakukannya iaitu secara cantuman batang lembut atau cantuman batang keras.
Cara cantuman baji pokok bougainvillea

Pilihan batang yang hendak dicantumkan itu (berbunga cantik) dan ranting pokok yang menanti itu mestilah sama saiznya iaitu sebesar pensil. Potongan mestilah dilakukan menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Caranya adalah seperti berikut:

§  Langkah 1: Potong bahagian batang pokok yang hendak dicantum atau ’scion’ berbentuk ’V’. Bahagian akan tumbuh menjadi ranting baru.

§  Langkah 2: Kemudian potong pula bahagian pokok yang menanti atau ’stock’ agar bahagian ’scion’ dapat sesuai untuk dicantum dengannya .
§  Langkah 3: Lakukan cantuman dengan segera agar bahagian kambium tidak kering iaitu faktor utama kepada kegagalan cantuman.
§  Langkah 4: Ikat cantuman menggunakan tali rafia atau pita cantuman secara tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar.
§  Langkah 5: Letakkan di tempat teduh dan elakkan proses pemeluwapan bagi mempercepatkan cantuman iaitu dengan meletakkannya dalam beg plastik (foto 5).
Menerusi kaedah di atas, Insya-Allah cantuman tadi akan berjaya bercantum dalam masa lima atau enam minggu dan bolehlah ditanggalkan tali rafia dan juga beg plastik.
Berikan penjagaan pokok berkenaan seperti biasa seperti siraman air, pembajaan dan dedahan kepada cahaya yang diperlukan. Sebenarnya anda perlu banyak membuat percubaan melakukan proses cantuman ini dan jangan berputus asa sebelum berjaya.
Cara cantuman ini boleh dilakukan untuk pokok buahan dan tanaman hiasan lain seperti pokok bunga raya, pokok bunga tahi ayam atau Lantana dan sebagainya.
Selamat mencuba.





Pendahuluan

Salah satu jenis sayuran berbuah yang kaya dengan bahan protin dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.


Khasiat Makanan:

Buahnya yang muda boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran, yang boleh dimakan mentah, digoreng, dimasak sebagai sop atau dijadikan sos. Ia juga boleh dikeringkan atau dibuat acar.

Bijinya boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kopi.

Daun mudanya boleh dimakan oleh manusia atau dijadikan sebagai makanan haiwan.

Buahnya amat baik untuk membantu menguatkan otak, iaitu bagi menambah daya ingatan dan kecerdasan

Biji, akar dan bunganya sekiranya direbus dapat melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang dan mengurangkan masalah susah bersalin.

Air rebusan biji, akar dan bunga boleh disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Jika air rebusan itu dicampur dengan gula boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan rawatan sakit kerongkong.

Lendir buah bendi boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.


Varieti:

MKBe 1 - Pilihan MARDI. Buah melebihi 15 scm panjang, bilangan segi 5, warna buah hijau kekuningan, hasil sepokok 180-2,000 gm, bilangan buah sepokok adalah antara 14-105.

Penanaman
Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

Penyediaan Tanah
Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

Menanam
Tanam biji benih sedalam 2.5 di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 cm panjang.

Membaja
Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Pokok Kadar/Hektar
1
2
3
4 Sebelum menanam
1 bulan
2 bulan
3 bulan Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 300 g
16 g
32 g
32 g 4 tan
0.2 tan
0.4 tan
0.4 tan



Menyiram
Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.

Merumput
Cabut rumput jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

Sungkupan
Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Memangkas
Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

Kawalan Musuh dan Penyakit

Musuh:
Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buahan bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.

Penyakit:
Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

Penuaian
Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:-

50 hingga 55 hari selepas menanam.

5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan.

Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya
rapuh, senang dipatah dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 hingga 15,000 kilogram sehektar.

Kawalan Rumput:
Racun pracambah Alachlor, pada kadar 4 liter/hektar disebur ke atas batas sebelum 2-3 hari biji benih ditanam. Ini boleh mengawal rumput untuk 2-3 bulan. Rumput yang tumbuh diantara batas boleh dikawal dengan penyemburan racun paraquat pada kadar 2 liter/hektar ataupunm secara manual. Dengan cara lain, plastik boleh digunakan untuk mencegah rumput di atas batas yangmana boleh digunakan untuk musim.

Pengendalian Lepas Tuai
Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 hingga 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya mengudaraan menjadi lembab. Buah-buahan yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24oC hingga 26oC dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.


PROSES PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN CARA CANTUMAN
·                     Pemilihan Baka Pokok Penanti
Pokok penanti yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Troyer citrange, Cleopatra dan Rangpur lime. Pokok penanti yang dipilih hendaklah tahan kepada penyakit utama seperti tristeza dan phythopthora, mudah dibiak sesuai untuk beberapa jenis tanah dan sesuai dicantum dengan limau yang hendak dibiakkan.
·                      
·                     Pemilihan Matatunas
Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening. Ranting sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih. Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong.
·                      
·                     Kaedah Cantuman
Kaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.
·                      

·                     Cantuman Tunas Kepingan (patch budding)
Cara ini merupakan satu daripada cantuman yang paling biasa digunakan untuk limau dan buah-buahan tropika lain. Dengan teknik ini, pokok penanti dan matatunas yang digunakan hendaklah sama garis pusat dan umurnya. Cara mencantum adalah dengan memotong kepingan berbentuk empat persegi bujur pada pokok penanti. Bekas potongan itu dilekatkan dengan kepingan matatunas yang sama saiznya.
·                      
·                     Cantuman Tunas T/Cantuman Tunas T Terbalik/Cantuman Tunas Perisai
Cara ini adalah antara teknik cantuman yang biasa digunakan untuk limau. Ia terhad kepada penanti berukuran 0.6-2.5 cm garis pusat, kerana pada peringkat ini pokok sedang tumbuh dengan aktif dan kulit kayu mudah dipisahkan dari kayunya.

Untuk cantuman T pokok penanti dituris melintang dan ke bawah hingga membentuk T. Semasa menuris ke bawah mengguna pisau, kulit batang dibuka sedikit. Satu kepingan matatunas yang elok dipotong dengan pisau yang tajam. Kepingan matatunas ini ditolak ke bawah dua keping kulit yang telah terbuka pada pokok penanti.

Untuk cantuman T terbalik pokok penanti dituris berbentuk T-terbalik iaitu turisan melintang di bawah turisan menegak. Semasa menuris melintang, pisau dipusingkan ke atas sedikit supaya turisan melintang dan melengkong sedikit.
·                      
·                     Cantuman Tunas Serpihan (Chip budding)
Cantuman ini dilakukan dengan membuat satu turisan yang sama pada pokok penanti dan matatunas. Turisan pertama dibuat disisi pokok penanti, manakala turisan kedua dibuat memanjang ke bawah kira-kira 2.5 cm panjangnya hingga bertemu turisan pertama. Bagi keratan matatunas pula satu turisan melintang dibuat kira-kira 1 cm di bawah matatunas. Ini diikuti dengan satu lagi turisan 2.5 cm di atas matatunas hingga ke bawah bertemu dengan turisan pertama. Kepingan ini dicantum ke bahagian
 pokok penanti yang dipotong.
·                      
·                     Cantuman Tunas Baji Sisi
Serpihan mata tunas disediakan dengan membuat dua potongan yang sendeng, potongan A lebih panjang sedikit daripada potongan B. Kedua-dua potongan bertemu di bawah mata tunas. Potongan A dibuat di sebelah batang yang leper untuk mendedahkan kambium. Lepas ini serpihan ini dimasukkan ke pokok penanti yang telah siap dituris. Cantuman biasanya dibuat pada ketinggian 25-30 cm. dari paras tanah

Anak benih di tapak semaian perlu dijaga dengan rapi. Anak benih perlu disiram 1-2 kali sehari mengikut keadaan cuaca, dibaja dan dibuat kawalan serangga dan penyakit dari masa ke masa mengikut keperluan. Baja foliar boleh digunakan sebagai baja tambahan jika pertumbuhan pokok kurang subur. Selepas 2-3 bulan pokok cantuman boleh dipindah ke ladang.

Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah. Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak banyak diperolehi. Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.
Cara Membuat Tut
Pucuk yang sihat mempunyai saiz dahan berukuran garispusat 1.0-1.2 cm dipilih untuk ditutkan. Satu lingkaran kira-kira 2 cm panjang dibuat pada batang pucuk. Lingkaran tersebut dibiarkan 1-2 minggu. Sedikit hormon seperti Seradix No. 2 disapukan pada lingkaran ini. Kepalan tanah disediakan dengan menggunakan campuran tanah atas dan tahi lembu dengan kadar 2:1. Campuran ini ditambah sedikit air sehingga boleh dikepal. Bahagian batang yang dilingkarkan dibalut dengan kepalan tanah dan seterusnya dibungkus dengan plastik dan diikat. Dahan akan mengeluarkan akar dalam masa 4-6 bulan. Dahan yang telah berakar ini boleh dipotong dan ditanam di dalam politen beg yang berisi tanah campuran iaitu tanah atas, pasir dan bahan organan dengan kadar 3:2:1.

Pokok tut ini disimpan selama 2-3 bulan di bawah rumah lindungan sebelum dialih ke ladang. Penyiraman dilakukan sekali sehari dan pastikan tanah di dalam politen beg tidak terlalu basah atau bertakung air. Proses penyediaan bahan tanaman ini memakan masa 7-10 bulan.

Kaedah Cantuman Baji
Kaedah penemuan baru dalam pembiakan ciku.
·                     Penyediaan pokok penanti:

Biji benih matang disemai di dalam kotak semaian berpasir. Percambahan bermula 3-4 minggu. Anak
 benih yang mempunyai 2 helai daun dialih ke dalam beg plastik bersaiz 20 cm x 30 cm berisi tanah campuran 3:2:1 (tanah atas: pasir : baja organan).

Pokok penanti yang sesuai dicantum setelah berumur 10 bulan atau 15 cm tinggi. Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau cukur sepanjang 8-10 cm dari pangkal pokok. Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau. Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau cukur tadi.
·                     Penyediaan tunas pucuk:

Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm
 panjang berwarna hijau keperangan dan berdaun daripada klon terpilih sebagai sion. Pucuk direndam di dalam larutan hormon seperti Pantas atau Indole Butyric Acid selama 10-15 minit dan dikeringkan dengan kain bersih. Dengan menggunakan pisau nipis, pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau V. Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang. Daun-daun dikerat separuh.
·                     Penyisipan pucuk sion ke pokok penanti

Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah dengan kemas. Cantuman ini diikat tali rafia yang halus. Pokok yang telah dicantum ditutup dengan sarong plastik dan diletakkan di bawah lindungan. Beg plastik ini boleh ditanggalkan
 selepas didapati pucuk baru keluar pada tunas atau 1 bulan selepas cantuman. Ikatan tali boleh dibukakan selepas 1 1/2 hingga 2 bulan atau apabila didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan pokok penanti telah kukuh. Anak cantuman baji yang telah berjaya boleh dialih ke ladang setelah berukur 5-6 bulan.

3. KAEDAH PEMANGKASAN POKOK (CANTAS)
Pemangkasan adalah penting bagi membentuk pokok menjadi seimbang dan tidak terlalu tinggi supaya mudah diurus ia juga dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Terdapat tiga jenis cantasan iaitu:-

·                     Cantasan Bentuk

Pokok dibiarkan tumbuh dengan satu batang utama setinggi 1.5 m. Di awal musim hujan, batang utama dipangkas pada paras 1m untuk menggalakkan pengeluaran cabang. Batang pokok diikat pada kayu pancang supaya pokok tumbuh tegak. Beberapa tunas akan tumbuh di batang utama. Pilih empat batang yang agak teguh dan seimbang dan buang yang selebihnya. Tunas-tunas tadi dibiar tumbuh menjadi cabang pertama dan seterusnya membentu batang pokok.

Apabila kesemua empat cabang pertama telah mencapai 1.5 m panjang, ia dicantas semula pada jarak 1m dari batang utama. Tunas-tunas baru akan tumbuh dan pilih tunas-tunas yang menghala keluar untuk disimpan. Gunting tunas yang tumbuh menghala ke arah dalam pokok untuk memberi bentuk pokok 'terbuka tengah'. Bentuk pokok yang seimbang dengan ruang dahan utama yang lapang akan mendapat pengudaraan dan cahaya matahari yang mencukupi. Ini akan menjamin pertumbuhan pokok yang sihat. Pemangkasan keseluruhan masih perlu diteruskan dua kali setahun sehingga pokok menghasilkan buah. Tunas-tunas air serta dahan berpenyakit dan cedera hendaklah digunting.
·                     Cantasan Penjagaan (pokok dewasa)

Pemangkasan seterusnya dibuat selepas pengeluaran hasil pertama. Potong dahan-dahan yang melentur serta mencecah tanah dengan menggunakan gunting atau gergaji pangkas. Gunting semua tunas air serta dahan yang menegak ke atas dan yang tumbuh menghala ke dalam pokok. Potongan hendaklah dibuat rapat ke dahan. Buang dahan-dahan yang mati dan berpenyakit hingga tanda-tanda mati atau penyakit tiada kelihatan pada dahan tersebut. Kemudian sapukan cat ke atas keratan tersebut untuk mengelakkan jangkitan merebak.
 
·                     Pemangkasan Bunga dan Buah

Pada keadaan terentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah. Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan
 biennial bearing. Jika buash terlalu lebat ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya. Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah.

Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu). Pilih ranting yang matang dan gunting sebelum buku ruas. Berhentikan pengairan kepada pokok buat sementara bagi menggalakkan pengeluaran bunga. Empat minggu selepas pemangkasan bunga akan keluar sepenuhnya.




PANDUAN MENANAM LIMAU NIPIS

PENGENALAN

Limau nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk
kegunaan sebagi air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5
cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

IKLIM
Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.
TANAH

Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

CARA-CARA MENANAM

Membiak
Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.
Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30-40kg/pokok/tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok/tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.


CANTASAN
Cantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu dilakukan.

KAWALAN RUMPAI
Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

PENJAGAAN
Pembajaan

Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:
Baja Tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)
Baja Buah : NPK Mg (12:12:17:2)
Baja di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun.

HASIL
Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara
20-25 kg/pokok/tahun boleh diperolehi.
Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.