PROSES
PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN CARA CANTUMAN
·
Pemilihan Baka Pokok Penanti
Pokok
penanti yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Troyer citrange,
Cleopatra dan Rangpur lime. Pokok penanti yang dipilih hendaklah tahan kepada
penyakit utama seperti tristeza dan phythopthora, mudah dibiak sesuai untuk
beberapa jenis tanah dan sesuai dicantum dengan limau yang hendak dibiakkan.
·
·
Pemilihan Matatunas
Matatunas mesti diambil daripada pokok yang
subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening. Ranting
sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih.
Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong.
·
·
Kaedah Cantuman
Kaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T,
cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.
·
·
Cantuman Tunas Kepingan (patch budding)
Cara ini merupakan satu daripada cantuman yang paling biasa digunakan untuk
limau dan buah-buahan tropika lain. Dengan teknik ini, pokok penanti dan
matatunas yang digunakan hendaklah sama garis pusat dan umurnya. Cara mencantum
adalah dengan memotong kepingan berbentuk empat persegi bujur pada pokok
penanti. Bekas potongan itu dilekatkan dengan kepingan matatunas yang sama
saiznya.
·
·
Cantuman Tunas T/Cantuman Tunas T Terbalik/Cantuman Tunas Perisai
Cara ini adalah antara teknik cantuman yang biasa digunakan untuk limau. Ia
terhad kepada penanti berukuran 0.6-2.5 cm garis pusat, kerana pada peringkat
ini pokok sedang tumbuh dengan aktif dan kulit kayu mudah dipisahkan dari
kayunya.
Untuk cantuman T pokok penanti dituris melintang dan ke bawah hingga membentuk
T. Semasa menuris ke bawah mengguna pisau, kulit batang dibuka sedikit. Satu
kepingan matatunas yang elok dipotong dengan pisau yang tajam. Kepingan
matatunas ini ditolak ke bawah dua keping kulit yang telah terbuka pada pokok
penanti.
Untuk cantuman T terbalik pokok penanti dituris berbentuk T-terbalik iaitu
turisan melintang di bawah turisan menegak. Semasa menuris melintang, pisau
dipusingkan ke atas sedikit supaya turisan melintang dan melengkong sedikit.
·
·
Cantuman Tunas Serpihan (Chip budding)
Cantuman ini dilakukan dengan membuat satu turisan yang sama pada pokok penanti
dan matatunas. Turisan pertama dibuat disisi pokok penanti, manakala turisan
kedua dibuat memanjang ke bawah kira-kira 2.5 cm panjangnya hingga bertemu
turisan pertama. Bagi keratan matatunas pula satu turisan melintang dibuat
kira-kira 1 cm di bawah matatunas. Ini diikuti dengan satu lagi turisan 2.5 cm
di atas matatunas hingga ke bawah bertemu dengan turisan pertama. Kepingan ini
dicantum ke bahagian pokok penanti yang dipotong.
·
·
Cantuman Tunas Baji Sisi
Serpihan mata tunas disediakan dengan membuat dua potongan yang sendeng,
potongan A lebih panjang sedikit daripada potongan B. Kedua-dua potongan
bertemu di bawah mata tunas. Potongan A dibuat di sebelah batang yang leper
untuk mendedahkan kambium. Lepas ini serpihan ini dimasukkan ke pokok penanti
yang telah siap dituris. Cantuman biasanya dibuat pada ketinggian 25-30 cm.
dari paras tanah
Anak benih di tapak semaian perlu dijaga dengan rapi. Anak benih perlu disiram
1-2 kali sehari mengikut keadaan cuaca, dibaja dan dibuat kawalan serangga dan
penyakit dari masa ke masa mengikut keperluan. Baja foliar boleh digunakan
sebagai baja tambahan jika pertumbuhan pokok kurang subur. Selepas 2-3 bulan pokok
cantuman boleh dipindah ke ladang.
Kaedah
tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah.
Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak
banyak diperolehi. Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan
yang mengalami angin kencang.
Cara
Membuat Tut
Pucuk
yang sihat mempunyai saiz dahan berukuran garispusat 1.0-1.2 cm dipilih untuk
ditutkan. Satu lingkaran kira-kira 2 cm panjang dibuat pada batang pucuk.
Lingkaran tersebut dibiarkan 1-2 minggu. Sedikit hormon seperti Seradix No. 2
disapukan pada lingkaran ini. Kepalan tanah disediakan dengan menggunakan
campuran tanah atas dan tahi lembu dengan kadar 2:1. Campuran ini ditambah
sedikit air sehingga boleh dikepal. Bahagian batang yang dilingkarkan dibalut
dengan kepalan tanah dan seterusnya dibungkus dengan plastik dan diikat. Dahan
akan mengeluarkan akar dalam masa 4-6 bulan. Dahan yang telah berakar ini boleh
dipotong dan ditanam di dalam politen beg yang berisi tanah campuran iaitu
tanah atas, pasir dan bahan organan dengan kadar 3:2:1.
Pokok tut
ini disimpan selama 2-3 bulan di bawah rumah lindungan sebelum dialih ke
ladang. Penyiraman dilakukan sekali sehari dan pastikan tanah di dalam politen
beg tidak terlalu basah atau bertakung air. Proses penyediaan bahan tanaman
ini memakan masa 7-10 bulan.
Kaedah
Cantuman Baji
Kaedah
penemuan baru dalam pembiakan ciku.
·
Penyediaan pokok penanti:
Biji benih matang disemai di dalam kotak semaian berpasir. Percambahan bermula
3-4 minggu. Anak benih yang mempunyai 2 helai daun dialih ke dalam
beg plastik bersaiz 20 cm x 30 cm berisi tanah campuran 3:2:1 (tanah atas:
pasir : baja organan).
Pokok penanti yang sesuai dicantum setelah berumur 10 bulan atau 15 cm tinggi.
Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau cukur sepanjang 8-10 cm
dari pangkal pokok. Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau.
Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau cukur
tadi.
·
Penyediaan tunas pucuk:
Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan
dan berdaun daripada klon terpilih sebagai sion. Pucuk direndam di dalam
larutan hormon seperti Pantas atau Indole Butyric Acid selama 10-15 minit dan
dikeringkan dengan kain bersih. Dengan menggunakan pisau nipis, pangkal pucuk
dipotong berbentuk baji atau V. Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan
licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang. Daun-daun dikerat separuh.
·
Penyisipan pucuk sion ke pokok penanti
Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah dengan kemas.
Cantuman ini diikat tali rafia yang halus. Pokok yang telah dicantum ditutup
dengan sarong plastik dan diletakkan di bawah lindungan. Beg plastik ini boleh
ditanggalkan selepas didapati pucuk baru keluar pada tunas atau
1 bulan selepas cantuman. Ikatan tali boleh dibukakan selepas 1 1/2 hingga 2
bulan atau apabila didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan pokok
penanti telah kukuh. Anak cantuman baji yang telah berjaya boleh dialih ke
ladang setelah berukur 5-6 bulan.
3. KAEDAH PEMANGKASAN POKOK (CANTAS)
Pemangkasan
adalah penting bagi membentuk pokok menjadi seimbang dan tidak terlalu tinggi
supaya mudah diurus ia juga dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan
berkualiti. Terdapat tiga jenis cantasan iaitu:-
·
Cantasan Bentuk
Pokok dibiarkan tumbuh dengan satu batang utama setinggi 1.5 m. Di awal musim
hujan, batang utama dipangkas pada paras 1m untuk menggalakkan pengeluaran
cabang. Batang pokok diikat pada kayu pancang supaya pokok tumbuh tegak.
Beberapa tunas akan tumbuh di batang utama. Pilih empat batang yang agak teguh
dan seimbang dan buang yang selebihnya. Tunas-tunas tadi dibiar tumbuh menjadi
cabang pertama dan seterusnya membentu batang pokok.
Apabila kesemua empat cabang pertama telah mencapai 1.5 m panjang, ia dicantas
semula pada jarak 1m dari batang utama. Tunas-tunas baru akan tumbuh dan pilih
tunas-tunas yang menghala keluar untuk disimpan. Gunting tunas yang tumbuh
menghala ke arah dalam pokok untuk memberi bentuk pokok 'terbuka tengah'.
Bentuk pokok yang seimbang dengan ruang dahan utama yang lapang akan mendapat
pengudaraan dan cahaya matahari yang mencukupi. Ini akan menjamin pertumbuhan
pokok yang sihat. Pemangkasan keseluruhan masih perlu diteruskan dua kali
setahun sehingga pokok menghasilkan buah. Tunas-tunas air serta dahan
berpenyakit dan cedera hendaklah digunting.
·
Cantasan Penjagaan (pokok dewasa)
Pemangkasan seterusnya dibuat selepas pengeluaran hasil pertama. Potong
dahan-dahan yang melentur serta mencecah tanah dengan menggunakan gunting atau
gergaji pangkas. Gunting semua tunas air serta dahan yang menegak ke atas dan
yang tumbuh menghala ke dalam pokok. Potongan hendaklah dibuat rapat ke dahan.
Buang dahan-dahan yang mati dan berpenyakit hingga tanda-tanda mati atau
penyakit tiada kelihatan pada dahan tersebut. Kemudian sapukan cat ke atas
keratan tersebut untuk mengelakkan jangkitan merebak.
·
Pemangkasan Bunga dan Buah
Pada keadaan terentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk
mempertingkatkan saiz dan kualiti buah. Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu
lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing. Jika buash terlalu lebat ia akan
menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya. Kadar pemangkasan
buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah.
Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu). Pilih ranting yang
matang dan gunting sebelum buku ruas. Berhentikan pengairan kepada pokok buat
sementara bagi menggalakkan pengeluaran bunga. Empat minggu selepas pemangkasan
bunga akan keluar sepenuhnya.